*butuh buku ttg leadership share aj d bwah gan*

Bakat & Kejayaan Di Tempat Kerja
ISBN: 983-192-842-3

Price: RM27.00
3 item(s)
Tajuk Buku : Bakat & Kejayaan Di Tempat Kerja
Nama Pengarang: Zaini Hussein
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-842-3
Harga Semenanjung: RM 27.00

Blurb/Sinopsis:
Pada suatu masa dahulu kebanyakan orang percaya seseorang yang pandai belajar semasa di sekolah dan di universiti tentulah dia juga pandai bekerja dan mudah naik pangkat dalam kerjayanya. Sangkaan itu sudah dibuktikan tidak benar .
Kejayaan di tempat kerja memerlukan banyak kemahiran yang tidak diajarkan di sekolah dan di universiti.
Buku ini menerangkan peranan bakat semula jadi dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam budaya kerja pejabat.

Memimpin Diri Sendiri (Edisi Kemaskini)
ISBN: 983-3603-98-X

Price: RM15.00
4 item(s)
Ahmad Zabidi Ab Razak,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 15.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3603-98-X
Barcode: 9789833603985
Jumlah Halaman: 192 halaman

Sinopsis

Buku ini patut ada di dalam perpustakaan sekolah-sekolah bagi membantu para pelajar membina kemahiran memimpin diri sendiri. Buku ini juga sesuai dibaca oleh individu yang ingin meningkatkan motivasi diri.

Memimpin diri sendiri adalah sebuah buku yang menerangkan bagaimana hendak membentuk kemahiran memimpin diri. Kemahiran ini penting bagi setiap pelajar supaya mereka dapat menguasai diri sendiri, tahu merancang masa hadapan dan tidak mudah mengalah dengan cabaran.

Buku ini turut merangkumi cara-cara mengukuhkan kemahiran memimpin diri yang sedia ada dan bagaimana hendak menilai setiap tindakan dan melakukan perubahan apabila perlu.

Dengan memahami isi buku ini dan mengamalkannya, pembaca dapat meningkatkan motivasi diri seterusnya sentiasa bersikap positif dalam setiap perkara yang dilakukan.

Membina Karisma-Edisi Kemas Kini
ISBN: 983-3376-95-9

Price: RM28.00
2 item(s)
Ahmad Naim Jaafar,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Harga: RM 28.00 / RM 31.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3376-95-9
Barcode: 9789833376957
Jumlah Halaman: 286 halaman
Tarikh Terbit: 14 March 2006

Sinopsis

Setiap orang mahu dilihat sebagai seorang yang berkarisma dan berketerampilan. Kita dapat mengenal pasti kehadiran karisma pada diri seorang pemimpin, tetapi sukar menjelaskan mengapa beliau dilihat lebih berkarisma daripada pemimpin lain dan daripada manakah sumber-sumber kuasa karisma itu diperoleh.

Buku ini memberikan jawapan kepada persoalan itu.

Membina Karisma menerangkan konsep utama karisma seperti karisma dalam diri, perhubungan, kepimpinan, pengurusan dan penampilan.

Buku ini diterbitkan khas bagi membina pemimpin masa hadapan.

Bakat dan Kemahiran Memimpin
ISBN: 983-3376-51-7

Price: RM16.00
2 item(s)
Ainon Mohd, Abdullah Hassan,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Harga: RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3376-51-7
Barcode: 9799833376512
Jumlah Halaman: 160 halaman
Tarikh Terbit: 31 December 2005

Sinopsis

Buku untuk mereka yang bergelar ketua atau pemimpin kumpulan organisasi dan sebagainya. Juga sesuai bagi mereka yang berhasrat menjadi pemimpin dan juga para guru yang ingin menggilap bakat kepimpinan dalam diri pelajarnya.

Ramai orang berangan-angin ingin menjadi pemimpin. Mereka membayangkan apabila mereka menjadi pemimpin mereka dapat memimpin ramai orang-orang lain. Mereka juga membayangkan mereka akan menjadi orang yang dihormati, disanjung dan dikagumi oleh ramai orang. Tidak kurang juga yang membayangkan dengan menjadi pemimpin mereka berpeluang menikati kehidupan yang mewah daripada segi kebendaan.

Walaupun ramai orang yang ingin menjadi pemimpin, tetapi jumlah mereka yang berjaya menjadi pemimpin yang berkesan adalah sangat kecil. Kenyataan ini mendorong kita tertanya-tanya apakah faktor-faktor yang menyebabkan hanya segelintir orang sahaja yang berjaya menjadi pemimpin yang berkesan manakala kebanyakan orang gagal menjadi pemimpin yang berkesan.

Lazimnya orang mengatakan para pemimpin adalah mereka yang bergiat di dalam aktiviti politik. Memang ramai ahli politik yang mempunyai ciri-ciri pemimpin tetapi ramai juga orang-orang yang tidak bergiat di dalam bidang politik yang juga mempunyai bakat pemimpin sebagai contoh ramai tokoh usahawan dan tokoh-tokoh korporat yang mempunyai bakat-bakat kepimpinan yang amat tinggi. Malah bakat kepimpinan juga boleh didapati di kalangan ahli-ahli sukan.

Banyak kajian telah dijalankan oleh pakar-pakar psikologi untuk mengenal dengan pasti ciri-ciri yang dimiliki oleh mereka yang menjadi pemimpin-pemimpin yang berkesan. Kajian-kajian terbaru mendapati ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat aspek-aspek yang berbeza antara ciri-ciri pemimpin dan mereka yang dipimpin. Perbezaan-perbezaan itu juga boleh diukur. Para pengkaji menyimpulkan bahawa ciri-ciri peribadi tertentu bersama-sama dengan faktor-faktor lain mempengaruhi keber-kesanan seseorang pemimpin, terutama di dalam dunia perniagaan.

Buku ini menerangkan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh individu-individu yang bakal ataupun sudah menduduki jawatan sebagai ketua ataupun sebagai pengurus, juga bagi mereka yang berhasrat hendak menjadi pemimpin, dan tidak kurang pentingnya sebagai panduan kepada ibu bapa yang ingin mengasuh anak-anak mereka menjadi pemimpin apabila mereka besar.

Kunci Menjadi Individu Berkredibiliti
ISBN: 983-3372-17-1

Price: RM19.00
2 item(s)
Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Nai Jaafar,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 19.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3372-17-1
Barcode: 9799833372170
Jumlah Halaman: 192 halaman
Tarikh Terbit: 14 July 2005

Sinopsis

Buku ini cuba menyampaikan dua mesej ini dengan cara mudah dan santai sebagai rujukan dan panduan para pembaca.

Apabila majalah-majalah utama antarabangsa menyiarkan berita kemasukan 5 syarikat dana asing ke pasaran modal Malaysia, semua pihak menunjukkan reaksi yang pelbagai. Namun yang paling jelas adalah apa yang diungkapkan oleh penganalisa pasaran Credit Suisse First Bostan (CSFB), Stefen Hagger yang menyatakan, “Kerajaan Malaysia menunjukkan komitmen bagi menjadikan Malaysia pasaran yang menarik dengan ketelusan dan pengurusan korporat yang baik.”

Daripada pelabur asing, pekerja syarikat sehingga kepada rakyat jelata biasa, mereka mempunyai cara dan persepsi tersendiri apakah yang menjadikan mereka percaya kepada seseorang pemimpin.

Sekiranya Stefen Hagger menjadi contoh, ketelusan dan cara kepimpinan negara yang ‘mesra pelabur’ sebagai kayu ukur mengapa mereka datang melabur di Malaysia. Namun bagi masyarakat umum, kredibiliti pemimpin diukur dengan cara yang berlainan.

Kredibiliti adalah unsur yang menjadikan orang percaya kepada seseorang pemimpin. Adalah mudah menjadi pemimpin, dicalonkan dan kemudian menang pemilihan dan seseorang itu menjadi pemimpin. Namun, menjadi pemimpin kredibel memerlukan lebih daripada sekadar lantikan rasmi.

Buku ini cuba menyampaikan 2 mesej mudah. Pertama, kredibiliti adalah berlian berharga yang menjadi rebutan pemimpin dan tidak kurang juga yang kehilangan berlian itu semenjak sekian lama memilikinya. Kemudian meletakkan Nabi Muhammad sebagai tanda aras atau benchmark dalam membina kredibiliti pemimpin. Kedua, kredibiliti terletak pada mata yang memandang. Keupayaan pemimpin meletakkan ciri kredibilitinya pada tempat yang betul menjadikan seseorang pemimpin dihormati dan disukai.

Anda Berkarisma Apabila...?
ISBN: 983-3372-15-5

Price: RM21.00
3 item(s)
Ahmad Naim Jaafar, Mohd Fadzilah Kamsah,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 9833372155
Barcode: 9799833372156
Jumlah Halaman: 216 halaman
Tarikh Terbit: 01 May 2005

Sinopsis

Buku ini adalah panduan mudah kepada mereka yang hendak membina gaya kepimpinan karismatik dan efektif. Dilengkapi dengan pelbagai tip mudah berkarisma yang perlu ada pada individu. Cerita-cerita pendek yang ditulis di dalam buku ini menjadi lebih menarik untuk dibaca.

Kita selalu hairan mengapa ada sesetengah pemimpin lebih berketerampilan dan berketokohan daripada pemimpin-pemimpin lain. Apabila dilihat secara luaran, mereka tidak memiliki banyak perbezaan. Mereka tetap pemimpin, ada pengikut, menghadiri mesyuarat dan lain-lain. Tetapi perbezaanya adalah bagaimana orang ramai, pengikut dan penyokong pemimpin itu menerimanya. Ada pemimpin yang disokong dan disanjungi apabila memiliki kuasa tetapi selepas turun daripada kuasa orang tidak langsung mengendahkannya. Namun, ada pula pemimpin selepas turun daripada kuasa tetap popular dan disanjungi.

Namun, apabila dilihat lebih mendalam, perbezaan mereka berdasarkan pendekatan kepimpinan mereka pada perkara utama sebagai pemimpin. Ini yang dipanggil faktor karisma. Karisma adalah kuasa dan sinaran diwajah pemimpin yang dicari-cari dan amat diperlukan oleh ramai orang terutama pemimpin.
Lebih daripada itu, pemimpin yang berupaya dan efektif jelas berbeza dengan pemimpin yang kabur dengan tanggungjawabnya sebagai pemimpin. Maka, mereka cuba menjadi efektif dengan mengamalkan gaya kepimpinan tegas sehingga mereka tidak popular dan disenangi oleh orang ramai. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini?

Buku ini ditulis bagi membantu pemimpin membina gaya kepimpinan karismatik dan efektif. Dua kualiti kepimpinan yang penting dan sukar digabungkan keduanya.

Ditulis berdasarkan pengalaman penulis dan kajian kes pemimpin seluruh dunia khas bagi memberikan pandangan jelas bagaimana pembaca dapat membina kepimpinan karismatik dan efektif.

Teori & Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja
ISBN: 983-3376-40-1

Price: RM24.00
5 item(s)
Ainon Mohd, Abdullah Hassan,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Harga: RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3376-40-1
Barcode: 9799833376406
Jumlah Halaman: 256 halaman
Tarikh Terbit: 31 December 2003
Skor : ( 3 dari 5)

Sinopsis

Buku ini menerangkan cara-cara yang betul menggunakan teori kepimpinan bagi mencipta organisasi yang berjaya.

Kejayaan di tempat kerja tidak dapat dipisahkan daripada fungsi-fungsi keketuaan dan kepimpinan. Individu-individu yang tidak mempunyai kemahiran menjadi ketua tidak dapat meningkatkan tinggi dalam tangga kerjayanya. Oleh itu, kemahiran menjadi ketua dan pemimpin amat menentukan sejauh mana seseorang itu berupaya maju di tempat kerjanya. inilah yang menjadi salah satu faktor mengapa ramai individu yang lulus cemerlang semasa di sekolah dan univeristi tidak dapat mengekalkan kecemerlangan mereka apabila sudah bekerja.

Kepimpinan ialah proses di mana individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain di dalam kumpulannya ke arah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh, yang mana seorang pemimpin itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka.

Seseorang ketua mempunyai teknik-teknik yang dapat digunakannya bagi mengubah sikap dan tingkah laku orang lain tetapi lazimnya kepimpinan merujuk kepada penggunaan teknik-teknik yang tidak perlu memaksa mereka berubah. Oleh itu, mereka yang dipengaruhi supaya berubah masih boleh memilih sama ada mahu berubah ataupun tidak. Inilah ciri yang membezakan antara Pemimpin dan diktator.

Dengan keyakinan yang pemimpin dapat diasuh manakala kemahiran memimpin dapat dipelajari, maka itulah sebabnya buku ini ditulis supaya ia membawa faedah kepada barang siapa yang memerlukannya.

Panduan Menggunakan Teori Motivasi di Tempat Kerja
ISBN: 983-3376-77-0

Price: RM21.00
4 item(s)
Ainon Mohd,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Harga: RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3376-77-0
Barcode: 9799833376772
Jumlah Halaman: 228 halaman
Tarikh Terbit: 31 December 2003

Sinopsis

Inilah buku yang ditulis khusus untuk ketua-ktua bagi menerangkan dengan cara yang mudah teori-teori motivasi yang sudah popular diamalkan oleh pengurusan organisasi di negara-negara maju.

Teori-teori yang diperkenalkan dalam buku ini adalah:
Teori Konsep Diri
Teori Estim
Teori Hirarki Keperluan oleh Maslow
Teori Motivasi Pencapaian oleh McClelland
Teori Dua-Faktor oleh Herzberg
Teori Ekuiti oleh Adams
Teori Atribusi oleh Heider
Teori Pengharapan oleh Vroom
Teori Gol
Teori Kerja Sebagai Pendorong
Teori Pengukuhan

Komunikasi untuk Pemimpin
ISBN: 983-3376-39-8

Price: RM20.00
1 item(s)
Abdullah Hassan, Ainon Mohd,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Harga: RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3376-39-8
Barcode: 9799833376390
Jumlah Halaman: 176 halaman
Tarikh Terbit: 31 December 2001
Skor : [ dari 5 ]

Sinopsis

Apabila Seseorang itu mempunyai kuasa menyuruh ataupun mengarah individu lain melakukan sesuatu maka dia sudah terlibat di dalam proses kepimpinan. Keupayaan menyuruh dan mengarah amat ditentukan oleh kemahiran komunikasi.

Buku ini menerangkan fungsi dan tugas-tugas pemimpin serta teknik-teknik komunikasi yang dapat meninggikan prestasi mereka baik sebagai pemimpin di tempat, di dalam persatuan mahupun di kalangan masyarakat awam.

Gaya penulisan buku ini sudah disesuaikan dengan keperluan pembaca umum. Ini kerana,tujuannya supaya buku ini dapat digunakan oleh sebanyak-banyak pengguna dan bukan setakat para pemimpin sahaja. Gaya itu juga sesuai meskipun mereka datang daripada latar belakang pendidikan yang berbeza.

Anda Berkuasa Apabila...?
ISBN: 983-3372-11-2

Price: RM26.00
4 item(s)
Mohd Fadzilah Kamsah, Md. Yadi Said,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 26.00 / RM 29.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3372-11-2
Barcode: 9799833372118
Jumlah Halaman: 272 halaman
Tarikh Terbit: 01 May 2005

Sinopsis

Anda Berkuasa Apabila...? membincangkan pendekatan dan teori berkaitan dengan kuasa. Ia juga menyediakan panduan dan kaedah lengkap bagi menggunakan kuasa dalam organisasi.

Buku ini dihasilkan daripada kesedaran penulis bagi berkongsi maklumat dengan para pembaca yang budiman. Buku ini memaparkan maklumat berkenaan komunikasi dan penggunaan kuasa di dalam organisasi dan juga kehidupan seharian. Jika kita amati betul-betul, berapa ramai yang menggunakan kuasa tetapi tidak sedar taktik yang digunakan dan kesannya pada individu-individu lain? Berapa ramai yang sedar pula tetapi tidak mahu menggunakan cara atau taktik yang sesuai bagi mempengaruhi seseorang? Berapa ramai pula yang tahu tetapi gagal bagi mempengaruhi seseorang? Jawapannya ada di dalam buku ini. Inilah yang hendak dikongsi bersama pembaca. Teruskan membaca buku ini dan para pembaca dapat mengetahui lebih lanjut berkenaan kuasa dan penggunaannya yang sesuai mengikut konteks.

Bahagian 1 mengisarkan kepada latar belakang penggunaan komunikasi dan kuasa, perbezaan pendekatan dalam konsep-konsep yang menerangkan apa itu kuasa dan bagaimana ia berlaku. Bahagian 2 memaparkan dengan lebih lanjut berkenaan komunikasi di dalam organisasi termasuklah komunikasi dengan superior atau pegawai atasan. Bahagian 3 menerangkan dimensi-dimensi kuasa supaya kita dapat memahami falsafah kuasa dalam penggunaan seharian. Bahagian 4 berkenaan takrifan kuasa, perbezaan kuasa dan pengaruh serta kepatuhan. Melaui bab ini para pembaca dapat menggunakan tema yang sesuai berkenaan penggunaan kuasa dan pengaruh serta kepatuhan.
Tidak lengkap sekiranya kita tidak cuba memahami teori-teori yang menjelaskan kuasa kerana dengan ini kita dapat memahami kuasa dengan lebih terperinci. Maklumat ini dijelaskan dalam Bahagian 5. Begitu juga dengan Bahagian 6 yang menerangkan model-model kuasa dan bagaimana model-model ini diaplikasikan. Bahagian 7 melihat perhubungan kuasa dengan komunikasi dan organisasi manakala Bahagian 8 membincangkan bagaimana individu mendapat kuasa. Selepas membincangkan sumber-sumber kuasa ini, Bahagian 9 menerangkan bagaimana individu menggunakan kuasa bagi mempengaruhi individu lain dengan taktik-taktik komunikasi pengaruh dan kesesuaian penggunaannya.

Bahagian 10 membawa kita melihat apakah faktor-faktor yang mempengaruhi taktik komunikasi pengaruh. Dengan mengambil kira faktor-faktor ini, kita mungkin dapat menjadi lebih efektif mempengaruhi individu sama ada dalam organisasi ataupun antara perseorangan. Bahagian terakhir pula melihat perhubungan taktik komunikasi pengaruh dan budaya serta budaya Melayu.

Penulis berharap para pembaca mendapat maklumat berkenaan kuasa dan dapat memahami dengan lebih lanjut serta dapat menggunakan taktik yang sesuai dalam konteks yang sesuai. Cuma perlu diingatkan tiada satupun taktik yang sesuai bagi semua keadaan dan kombinasi penggunaan taktik juga penting dalam mempengaruhi seseorang. Gunakanlah kemahiran minda kita bagi menilai keadaan persekitaran sebelum menggunakan satu-satu taktik komunikasi pengaruh.

Semoga Berjaya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar